Amazon Henti Jualan Alas Kaki Bendera India Selepas Ancaman Visa

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Amazon.com telah mengeluarkan produk alas kaki tiga warna yang menyerupai bendera India dari laman webnya, selepas kerajaan India mengancam untuk membatalkan visa pekerja-pekerja syarikat dari Amerika Syarikat (AS) itu jika mereka tidak berhenti menjual produk tersebut.

"Amazon perlu mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat," kata Menteri Hal Ehwal Luar Sushma Swaraj di Twitter.

"Mereka perlu menarik balik semua produk menghina bendera kebangsaan kita serta-merta.

"Jika ini tidak dilakukan dengan serta-merta, kami tidak akan memberikan visa India kepada mana-mana pegawai Amazon.

"Kami juga akan menarik balik Visa yang dikeluarkan sebelum ini."

Alas kaki itu, yang dijual oleh pihak ketiga telah dikeluarkan dari laman web Amazon Kanada pada 11 Januari.

"Item itu tidak lagi dijual di laman web berkenaan," kata seorang jurucakap Amazon menerusi e-mel.

Portal Amazon di Kanada menjual alas kaki menyerupai bendera kebangsaan negara lain, tetapi di bawah undang-undang India sebarang tindakan yang mencemarkan bendera boleh dihukum denda dan penjara.

Akaun Twitter sokongan rasmi Amazon sebelum ini memberi maklum balas kepada komen pengguna yang marah dengan menyatakan ia tidak dijual di portal-portal India dan ia menambahkan lagi kembimbangan.


Swaraj menulis di Twitter bahawa dia telah meminta Suruhanjaya Tinggi India di Kanada untuk membawa isu ini ke pihak Amazon, selepas ia dibawa ke perhatiannya oleh seorang pengguna Twitter dari Mumbai.

Swaraj adalah pengguna prolifik laman web media sosial dan sering bertindak balas kepada tweet yang ditujukan kepadanya.

Amazon membuat pertaruhan besar di India dan telah berikrar untuk melabur lebih AS$5 bilion (RM22.29 bil) dengan membawa masuk pelaburan besar Flipkart dan Snapdeal yang berkembang pesat dalam pasaran perkhidmatan Internet di dunia.


Dalam satu majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri Narendra Modi di Washington tahun lepas, Ketua Eksekutif Amazon Jeff Bezos berkata India adalah kawasan yang paling pesat berkembang untuk syarikat itu.
Tags / Kata Kunci: alas kaki , bendera India , Amazon

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan