Curi Alat Kawalan Jauh, Lelaki AS Dipenjara 22 Tahun - Berita Dunia | mStar

Curi Alat Kawalan Jauh, Lelaki AS Dipenjara 22 Tahun

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 10:31 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Gara-gara mencuri alat kawalan jauh televisyen, seorang lelaki di Amerika Syarikat dijatuhi (AS) dipenjara selama 22 tahun susulan pembongkaran beberapa siri jenayah yang dilakukannya.

Eric Bramwell pada awalnya dicekup mencuri alat itu di sebuah pangsapuri di Wheaton, Illoinis, AS pada 1 Ogos 2015 selepas meninggalkan kesan asid deoksiribonukleik (DNA) pada sarung tangan yang dipakainya ketika melakukan jenayah tersebut.

Namun hasil siasatan polis mendapati lelaki berusia 35 tahun itu terlibat dalam banyak kes jenayah lampau termasuk aktiviti mencuri di beberapa pangsapuri di kawasan yang sama.

Bramwell berdepan hukuman penjara selama 30 tahun atas kesemua kesalahan tersebut dan dimaklumkan mahkamah dia perlu menjalani hukuman sekurang-kurangnya separuh daripada tempoh tersebut.

Pendakwa raya kes itu, Robert Berlin memaklumkan, Bramwell mengulangi perbuatannya kerana memandang rendah terhadap undang-undang.

"Dia mengambil apa sahaja barang yang dikehendaki berulang kali dan tidak takut terhadap kesan perbuatannya itu.

"Kini dia telah menerima padah atas perbuatannya," katanya.


Tags / Kata Kunci: Curi. Eric Bramwell

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan