Menteri Beri Anugerah Kepada Pramugari Garuda Indonesia Gendong Warga Tua

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 4:02 PM

Gambar dua pramugari Garuda Indonesia sedang menggendong seorang warga tua jadi viral di media sosial baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Dua pramugari syarikat penerbangan Garuda Indonesia, Vera dan Ninik Septinawati, menerima anugerah daripada Menteri Pengangkutan Budi Karya Sumadi di atas inisiatif mereka membantu seorang penumpang warga tua turun dari pesawat dalam penerbangan Kuala Lumpur-Jakarta, Sabtu lalu.

"Tindakan spontan mereka dalam membantu penumpang yang memerlukan bantuan adalah sangat penting dalam sektor pengangkutan," kata Budi dalam akaun rasmi Twitter Kementerian Pengangkutan.

Pengiktirafan tersebut diberikan kepada syarikat-syarikat penyedia pengangkutan yang menawarkan perkhidmatan cemerlang.

Anugerah yang sama telah diberikan kepada pasukan Keselamatan Penerbangan di lapangan terbang atas usaha mereka dalam mencegah penyeludupan dadah.

"Terus sentiasa berkhidmat dengan hati," Budi menulis di akaun Twitter.

Naib Presiden Komunikasi Korporat syarikat penerbangan negara, Benny S. Butarbutar berkata kejadian itu berlaku selepas pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta petang Sabtu.

Vera telah mendekati penumpang warga tua itu, yang ditemani seorang ahli keluarganya, tetapi masih kekal di tempat duduknya walaupun penumpang lain telah meninggalkan pesawat.

Apabila mendapat tahu warga emas itu merupakan sebahagian daripada rombongan jemaah umrah dan perlu meneruskan perjalanan dengan penerbangan seterusnya, beliau terus menawarkan bantuan memandangkan bantuan kerusi roda masih belum tiba.

Vera dan pengurus perkhidmatan penerbangan Ninik Septinawati menawarkan diri untuk membantu warga emas itu dengan cara mengendongnya di belakang menuju pintu keluar pesawat.

Kerusi roda yang ditunggu kemudian tiba tidak lama selepas Vera mengendong penumpang itu, jelas Benny.

Ramai netizens Indonesia telah memuji tindakan Vera. - The Jakarta Post / Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Garuda Indonesia , pramugari , warga emas

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan