Buaya Besar Terlepas Akibat Banjir Ditangkap Semula

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 9:58 PM

Pasukan penyelamat berjaya menangkap semula seekor buaya sepanjang lima meter dengan berat 300 kilogram dipercayai terlepas daripada kandang milik persendirian akibat bencana banjir yang melanda di Wisainua, Chumphon di selatan Thailand pada Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Seekor buaya sepanjang lima meter yang terlepas dari kurungannya akibat banjir, ditangkap semula di Chumphon, selatan Thailand pada Selasa.

Menurut seorang pegawai di Wisainua, reptilia seberat 300kg dipercayai milik sebuah ladang swasta atau individu, melepaskan diri apabila tempat kurungannya dinaiki air.

"Seorang penduduk kampung menemukan buaya itu pada kira-kira 12 tengah hari ini dan menghubungi kami. Dengan bantuan orang ramai, kami berjaya menangkap semula reptilia itu," kata pegawai penyelamat di Wisainua, Paisarn Kaewprasert.

Wisainua terletak di daerah Mueng, Chumphon, yang dilanda banjir bersama beberapa daerah lain.

Banyak kampung di selatan Thailand terjejas teruk akibat bencana alam itu, yang disifatkan banyak pihak sebagai yang paling buruk dalam tempoh 50 tahun.

Lebih sejuta penduduk terjejas akibat bencana alam itu dan setakat ini banjir yang melanda wilayah berkenaan meragut 25 nyawa dan menyebabkan dua mangsa masih hilang.

Paisarn berkata buaya itu kini ditempatkan di sebuah ladang ternakan ikan sementara menunggu dituntut pemiliknya.

Kejadian itu berlaku selepas pihak berkuasa tempatan di Nakhon Si Thammarat, di selatan Thailand memberi amaran beberapa hari lepas tentang buaya yang terlepas daripada Thung Talad Zoo di wilayah itu.

Orang ramai yang tinggal di sekitar zoo berkenaan dinasihati berwaspada dengan kemungkinan terdapat buaya yang bergerak bebas di tempat mereka.

Media tempatan memberi amaran tentang kemungkinan terdapat buaya yang terlepas dari zoo berkenaan setelah mereka ternampak reptilia itu berenang berhampiran tempat tersebut ketika mereka merakam gambar dari udara.

Berikutan banjir yang berlaku, pihak berkuasa tempatan menghantar pegawai untuk menyelamat haiwan lain dari zoo berkenaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: buaya besar , banjir , Thailand

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan