Banjir Di Selatan Thailand Ragut 25 Nyawa

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 6:18 PM

Anggota tentera Thailand menolak bot ketika melakukan pemeriksaan untuk menilai kerosakan akibat banjir di Sungai Kolok pada 4 Januari 2017. - AFP

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Sebahagian besar kawasan di selatan Thailand masih ditenggelami air selepas hujan lebat monsun lebih seminggu ketika kerajaan menghantar lebih banyak bantuan kecemasan kepada lebih satu juta penduduk yang terjejas banjir.

Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, banjir yang disifatkan yang paling buruk melanda wilayah itu dalam masa hampir 50 tahun setakat ini telah meragut 25 nyawa sementara dua dilaporkan hilang.

"Kira-kira 1.1 juta penduduk daripada 369,680 keluarga di 12 wilayah di selatan Thailand terjejas banjir," katab ketua ketua jabatan itu, Chatchai Promlert, dalam maklumat harian mengenai bencana pada Selasa.

Dua belas wilayah di selatan Thailand yang terjejas banjir ialah Pattalung, Narathiwat, Songkhla, Pattani, Trang, Yala, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Chumpon, Ranong, Prachuab Kiri Khan dan Krabi.

Banjir yang melanda secara meluas itu telah merosakkan lima kemudahan kerajaan, 218 jalan dan 59 jambatan.

Hujan lebat di wilayah Prachuab Kiri Khan malam tadi juga menyebabkan Lebuh Raya Phetkasem,di selatan Thailand terputus hubungan apabila satu daripada jambatan yang menghubungkan lebuh raya dihanyutkan arus deras.

Untuk mengatasi masalah itu, kerajaan telah mula membina jambatan sementara untuk menggantikan jambatan yang rosak, kata ketua pegawai pentadbiran wilayah tersebut, Somporn Patchimphet.

Beliau juga berkata hospital daerah Bangsapan di wilayah tersebut juga ditenggelami air malam tadi, memaksa pihak berkuasa memindahkan pesakit ke tingkat lebih tinggi dan ke hospital-hospital berdekatan.

Banjir juga menyebabkan penutupan lapangan terbang Nakhon Si Thammarat dan perkhidmatan kereta api tidak dapat beroperasi ke pedalaman selatan.

Sementara itu, Persekutuan Industri Thailand (FTI) berkata bencana itu hanya memberi kesan minimum kepada ekonomi kerana kerugian akibat banjir dianggarkan  tidak melebihi 15 bilion baht (RM1.8 bilion)

Bencana tersebut tidak memberi kesan besar ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP), kata pengerusi FTI, Chen Namchaisiri kepada media tempatan.

Selatan Thailand ialah kawasan pengeluar getah terbesar di negara itu selain beberapa kepulauannya menjadi tarikan utama pelancong asing. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Banjir , Selatan Thailand

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan