Wakil Rakyat Ditemukan Mati Tergantung

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 5:50 PM

Sandy Pratama Putra

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Seorang Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Batu di Malang Jawa Timur dijumpai mati tergantung dengan seutas tali di dalam bilik di rumahnya Ahad.

Menurut laporan portal-portal berita dalam talian hari ini, mayat Sandy Pratama Putra, 28, wakil rakyat daripada parti Nasional Demokratik (Nasdem) itu ditemui oleh keluarganya di dalam rumah mereka di Jalan Raya Tlekung di Kota Batu, Malang.

Anggota DPRD ialah bersamaan dengan Anggota Dewan Undangan Negeri di Malaysia.

Ketua bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Batu, Waluyo berkata polis masih menjalankan siasatan tetapi setakat ini tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah.

Wakil rakyat itu dipercayai menggantung diri dengan menggunakan tali plastik yang diikat pada alang rumah.

Keluarga Sandy juga dikatakan enggan melakukan bedah siasat mayatnya dan mahu mengebumikan jenazah itu dengan segera.

Selain menjadi wakil rakyat, Sandy yang meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang masih kecil itu, juga menjalankan pelbagai perniagaan termasuk industri makanan ringan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sandy Pratama Putra , DPRD

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan