MH17: Objek Menyerupai Cebisan Mayat Antara Dirampas Polis Belanda

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 12:02 PM

(Ubah saiz teks)

THE HAGUE: Polis Belanda merampas beberapa objek termasuk kemungkinan bahagian cebisan mayat manusia yang dijumpai seorang wartawan di lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Julai 2014, kata pegawai pendakwa raya pada Ahad.

Wartawan bebas, Michel Spekkers didatangi polis sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Schiphol pada lewat Sabtu selepas mengunjungi rantau itu dan menulis artikel berhubung penemuan beberapa objek di lokasi itu.

Menerusi kenyataan pihak pendakwa raya, Spekkers pada mulannya enggan menyerahkan bahan gambar dan filem yang dirakamkan di kawasan pesawat itu terhempas.

Antara bahan yang dirampas di kawasan tersebut termasuk beberapa beg mengandungi serpihan besi dan objek yang menyerupai cebisan manusia yang telah dihantar ke makmal untuk pengesahan.

Terdahulu, Spekkers menerusi satu kenyataan dalam laman Twitter pada Sabtu berkata, dia mahu menyerahkan kesemua penemuan itu secara sukarela tetapi kesemua barangan peribadi miliknya dirampas termasuk kamera, telefon dan komputer riba.

Dia menulis jurnal dalam laman web Noordhollands Dagblat untuk menyatakan hasratnya melawat kawasan pesawat MH17 terhempas ketika berkunjung ke Donetsk selepas dimaklumkan bahawa masih terdapat serpihan bertaburan di lokasi terbabit.

Pesawat penumpang MAS Boeing 777 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur mengorbankan semua 298 penumpang yang kebanyakannya rakyat Belanda.

Satu siasatan jenayah diketuai Belanda membuat kesimpulan pada September bahawa peluru berpandu BUK, dibawa dari Russia menembusi pesawat selepas dilancarkan dari kawasan lapang di timur Ukraine yang dikuasai kumpulan pemberontak pro-Moscow.

Bagaimanapun laporan itu tidak menyatakan pihak yang bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu itu.



Tags / Kata Kunci: MH17

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan