Hampir Sejuta Penduduk Selatan Thai Terjejas Akibat Banjir - Berita Dunia | mStar

Hampir Sejuta Penduduk Selatan Thai Terjejas Akibat Banjir

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 11:23 AM

SEBUAH bot penyelamat dan helikopter tentera dikerah untuk menyelamatkan sekumpulan penduduk yang terperangkap dalam kejadian banjir di daerah Srinakarin di wilayah Phatthalung, selatan Thailand. - AFP

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Hampir sejuta penduduk terjejas akibat banjir yang melanda 10 wilayah di selatan Thailand dengan 11 kematian dicatatkan setakat Isnin, lapor Jabatan Pencegahan dan Pengurusan Bencana negara itu.

Lapan daripada wilayah terbabit iaitu Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan, Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Ranong dan Phang Nga, dijangka mengalami banjir yang lebih buruk ekoran hujan lebat yang berlanjutan sejak beberapa hari lalu.

Pengarah jabatan berkenaan, Chatchai Phromlert berkata, banjir yang melanda lapan wilayah terbabit selain Narathiwat, Yala, Songkhla dan Pattani sejak awal minggu ini menjejaskan 744,422 penduduk di 3,376 buah kampung di 85 daerah.

Jelasnya, tiga kematian dicatatkan di Surat Thani manakala dua kematian berlaku di masing-masing di wilayah Songkhla, Nakhon Si Thammarat dan Phatthalung.

"Seorang lagi mangsa masih dilaporkan hilang selepas dihanyutkan banjir di Phatthalung.

"Banjir di Phatthalung, Chumphon dan Trang dilaporkan semakin naik tetapi wilayah lain, air mulai surut," katanya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Theerakiat Charoensetthasin berkata, lebih 1,400 buah sekolah di selatan Thailand terjejas dan mengalami kerosakan akibat banjir.

Jelasnya, kesemua sesi persekolahan terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan pelajar.

"Pejabat Suruhanjaya Pendidikan Vokasional telah menghantar pelajar dan guru kolej teknikal untuk membaiki kemudahan dan kenderaan sekolah yang mengalami kerosakan secara percuma," katanya.

Tags / Kata Kunci: Banjir Thailand
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan