Polis Bunuh Warga Asing Kumpulan Pro IS Filipina

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 8:48 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

MANILA: Polis membunuh seorang pemberontak warga asing dalam pertempuran dengan kumpulan pro Negara Islam (IS) di selatan Filipina, kata seorang pegawai Ahad.

Pertempuran meletus apabila polis memburu anggota kumpulan Ansarul Khilafah Filipina (AKP) di pulau bergolak di selatan Mindanao, Sabtu, kata jurucakap polis tempatan Supt Romeo Galgo.

"Seorang warga asing yang hanya dikenali sebagai Abu Naila dan seorang ahli wanita yang hanya dikenali Kadija...menentang penangkapan dengan cuba membaling bom tangan terhadap anggota yang melakukan tangkapan," katanya dalam satu kenyataan.

Pihak polis bertindak balas dengan melepaskan tembakan, menyebabkan kedua-dua terbunuh, katanya.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan kerakyatan Abu Naila walaupun mereka sebelum ini berkata AKP telah bekerjasama dengan militan asing.

Pelampau dari negara-negara lain di Asia Tenggara telah datang ke Filipina untuk melatih pejuang tempatan terutamanya dalam penggunaan bahan letupan.

AKP adalah salah sebuah daripada beberapa kumpulan militan Islam di Mindanao, kawasan yang didiami minoriti Islam Filipina di mana pemberontak pemisah telah meragut lebih 120,000 nyawa selama puluhan tahun.

Kerajaan telah memburu ahli-ahli kumpulan itu selepas pengasas dan pemimpinnya, Mohammad Jaafar Maguid, telah dikesan dan ditembak mati minggu lalu di sebuah resort di Mindanao manakala tiga lagi 'sekutu' telah ditangkap.

Pihak berkuasa sedang mengkaji peranan Ansarul Khilafah dalam pengeboman di Davao, bandar terbesar di Mindanao pada September tahun lepas yang mengorbankan 15 orang dan berpuluh-puluh yang lain cedera.
Tags / Kata Kunci: pro IS , militan asing , Ansarul Khilafah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan