Pusat Islam Di Filipina Diserbu Sebelum Sambutan Black Nazarene

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 9:26 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Polis Filipina menyerbu sebuah pusat Islam di Manila dan menahan sejumlah individu sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan sebelum bermulanya kemuncak perayaan utama bagi penganut Katolik, menurut seorang jurucakap, Ahad.

Dua lelaki ditahan atas kesalahan dadah terlarang semasa serbuan di Pusat Islam di bandar Manila pada Sabtu, ketika pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan serangan oleh militan Islam pada kemuncak sambutan perayaan Black Nazarene pada Isnin.

"Ini adalah sebahagian daripada persediaan keselamatan untuk perayaan Black Nazarene," kata jurucakap polis Manila, Ketua Inspektor Marissa Bruno, kepada AFP.

Beliau berkata 82 yang lain di pusat itu telah dibawa ke balai polis tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu.

Bruno menafikan bahawa polis telah menjadikan Pusat Islam itu sebagai sasaran, yang turut merangkumi masjid, menyatakan bahawa bahagian-bahagian lain di bandar itu juga tertakluk kepada operasi polis.

Pihak berkuasa berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap kemungkinan serangan oleh militan Islam untuk mengganggu sambutan Black Nazarene, yang dijangka menarik jutaan rakyat Filipina.

Pasukan keselamatan berkata tiada laporan ancaman langsung terhadap festival itu tahun ini tetapi mereka bimbang kemungkinan pelampau Islam akan membalas dendam ke atas pembunuhan seorang pemimpin militan pro-Islam minggu lalu.

Maguid yang dikenali sebagai 'Tokboy' amat dikehendaki di selatan negara itu terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina pada Khamis.

Dia adalah pengasas dan pemimpin Ansarul Khilafah Filipina (AKP) yang terkenal dengan sokongan ke atas militan Daesh.
Tags / Kata Kunci: militan Filipina , Black Nazarene , AKP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan