Depan Pesawat Rosak Dipercayai Dilanggar Dron

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 9:19 AM

Bahagian hadapan pesawat yang rosak, dipercayai dilanggar dron. Foto The Aviation Herald

(Ubah saiz teks)

BAHAGIAN depan sebuah pesawat mengalami kerosakan dipercayai dilanggar dron di Mozambique, Khamis lalu.

Ketika kejadian, pesawat yang membawa 80 penumpang sedang menghampiri lapangan terbang di Tete.

Anak kapal terdengar bunyi kuat tetapi menyangka pesawat dilanggar burung.

Punca kejadian hanya dikenal pasti selepas pemeriksaan penerbangan dibuat mengenai kerosakan.

Tiada darah atau bulu yang dikesan, sekali gus menguatkan lagi objek misteri berkenaan adalah dron.

Beberapa laporan di Mozambique menyebut bahawa objek misteri itu adalah dron walaupun maklumat syarikat penerbangan LAM Mozambique Airlines menyifatkan ia sebagai 'badan luaran'.

Syarikat penerbangan itu memberitahu agensi berita Portugal, Lusa bahawa kemungkinan pesawat itu dirempuh dron merupakan satu spekulasi.

Pihak berkuasa sedang menyiasat insiden berkenaan.

Ketua Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Penerbangan Awam memberitahu Lusa bahawa terlalu awal untuk menyatakan punca kerosakan pesawat.

Menurut kenyataan pengeluar dron, Drone Manufacturers Alliance dalam laporan USA Today memberitahu objek tersebut belum disahkan sebagai dron.

Bagaimanapun ia berkata, laporan itu akan diambil secara serius dan pihak syarikat akan memberi bantuan kepada pihak berkuasa Mozambique dalam menyiasat insiden berkenaan. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: dron

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan