MH370: Tiada Syak Wasangka Terhadap Penumpang, Kru - Penyiasat Perancis

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 1:21 PM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Pemeriksaan latar belakang penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang secara misteri pada 2014 mendapati tiada sebab untuk timbul syak wasangka terhadap mereka, sumber sependapat dengan penyiasat Perancis memberitahu AFP, Jumaat.

Perancis telah membuka siasatannya sendiri dalam kes kehilangan pesawat itu kerana empat warganya adalah antara 227 penumpang dan 12 anak kapal yang hilang dalam kejadian itu.

Penyiasat dan tiga pemeriksa telah bertemu dengan waris empat penumpang itu pada hari Khamis untuk memberi penerangan berhubung perkembangan siasatan.

Saudara-mara diberitahu bahawa pemeriksaan latar belakang penumpang dan anak kapal oleh agensi perisikan domestik Perancis, menunjukkan keputusan negatif, demikian menurut sumber yang rapat dengan siasatan.

Ghyslain Wattrelos, yang isterinya dan dua anaknya berada dalam penerbangan itu, mengesahkan berhubung sesi penerangan ini.

"Mereka beritahu kami bahawa carian tidak menghasilkan apa-apa," katanya kepada AFP.

Persoalan tentang latar belakang penumpang dan anak kapal timbul apabila pihak berkuasa Malaysia berkata dua penumpang Iran dalam penerbangan itu telah menggunakan pasport curi.

Tetapi Interpol menyatakan ia bermungkinan besar merupakan pendatang yang cuba untuk pergi ke Eropah.

Dalam pertemuan pada Khamis, seorang pakar Perancis juga telah memberikan versi akhir laporan interim yang telah disediakan pada September tetapi ia 'tidak menyebut apa-apa perkara yang lebih baharu' kata peguam Wattrelos, Marie Dose.

Beliau memuji pemeriksa untuk hasil kerja mereka yang luar biasa.

MH370 hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Tags / Kata Kunci: MH370 , penyiasat Perancis

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan