Lelaki 36 Tahun Ditahan, Tetak Lengan Teman Wanita

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 5:08 PM

Keadaan di tempat kejadian. Foto: LIANHE WANBAO

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 36 tahun yang didakwa menetak lengan teman wanitanya di sebuah flat Lembaga Perumahan, Bukit Panjang telah ditahan di tempat kejadian pada pagi Sabtu.

Lianhe Wanbao melaporkan bahawa kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 8 pagi di Blok 632A, Senja Road.

Pihak polis memberitahu The Straits Times mereka telah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 8:11 pagi dan kes diklafikasikan sebagai "sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya".

Polis berkata, seorang wanita berusia 34 tahun dihantar Hospital Ng Teng Fong dalam keadaan sedar manakala seorang lelaki ditahan berhubung kes itu.

Siasatan polis masih berjalan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura memberitahu ST, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu  pukul 8.15 pagi dan terus menghantar sebuah ambulans.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan yang agak teruk.

Sementara itu, jiran memberitahu Wanbao, pasangan tersebut berpindah ke situ lebih kurang dua atau tiga bulan lalu.

Dipercayai jiran telah menghubungi pihak polis selepas mendengar pasangan itu bergaduh. -The Straits Times/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: tetak lengan teman wanita , bergaduh

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan