'Lelaki Pokok' Kembali Normal Selepas 16 Pembedahan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 10:35 AM

Keadaan Abul sebelum dan selepas menjalani pembedahan dan kini mendapat rawatan susulan di sebuah hospital di Dhaka.

(Ubah saiz teks)

DHAKA: Selepas menjalani kira-kira 16 pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat lima kilogram pada kaki dan tangannya, kini warga Bangladesh ini bakal meneruskan kehidupan sebagai lelaki normal.

Bapa kepada seorang anak perempuan ini pernah digelar 'lelaki pokok' apabila penyakitnya mendapat perhatian doktor setahun lalu.

Bekas pemandu beca berenjin berusia 27 tahun itu merupakan seorang daripada empat individu di dunia yang disahkan menghidap penyakit epidermodysplasia verruciformis, sejenis penyakit genetik.

Abul Bajandar yang badannya dipenuhi ketuat umpama kulit kayu itu akan dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi.

“Rawatan untuk menyembuhkan masalah ketumbuhan Abul adalah satu pencapaian luar biasa dalam sejarah perubatan.

“Kami melakukan pembedahan ke atasnya sekurang-kurangnya 16 kali untuk membuang ketuat itu,” kata penyelaras pembedahan plastik Hospital Kolej Perubatan Dhaka, Samanta Lal Sen.

“Tangan dan kakinya kini berada dalam keadaan baik. Dia akan dibenarkan pulang dalam tempoh 30 hari selepas menjalani beberapa pembedahan kecil lain untuk menyempurnakan bentuk tangannya,” tambah Samantha.

Beliau yakin Abul merupakan individu pertama menghidap penyakit itu yang berjaya dirawat apabila pasukan perubatan memberi jaminan bahawa ketuat tersebut tidak akan tumbuh semula.

“Saya tidak menyangka akan mampu memegang dan bermain bersama anak saya.

“Saya berasa lebih sihat dan tidak sabar untuk pulang ke rumah,” kata Abul.

Dia yang berasal dari sebuah perkampungan miskin di Daerah Khulna, selatan Bangladesh menjadi selebriti selepas ke­adaan kesihatannya mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa. – AFP







Tags / Kata Kunci: Abul Bajandar , Bangladesh

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan