33 Lagi Banduan Terbunuh Beberapa Hari Selepas 60 Maut Dalam Rusuhan Di Penjara Brazil

Diterbitkan: Sabtu, 7 Januari 2017 2:35 PM

Penjara Pertanian di Monte Cristo, Brazil. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

PIHAK berkuasa Brazil berkata sekurang-kurangnya 33 tahanan meninggal dunia dalam penjara di negeri utara Roraima, tambahan kepada 60 kematian yang dilaporkan berlaku di penjara lain, empat hari lalu.

Kenyataan daripada setiausaha keadilan berkata tahanan mati di Penjara Pertanian di Monte Cristo dalam satu rusuhan sepanjang malam, tanpa memberikan butiran lanjut.

Satu kenyataan polis berkata, pegawai-pegawai, termasuk skuad menentang rusuhan bersenjata ala-tentera, telah dihantar ke penjara tersebut.

Jurucakap polis tentera enggan mengulas lanjut.

Pertumpahan darah itu berlaku hanya beberapa hari selepas berlakunya pemberontakan di dalam dua penjara lain, mengakibatkan 60 orang mati di negeri jiran, Amazonas.

Pihak berkuasa berkata, kumpulan-kumpulan ini berjuang untuk mengawal laluan dadah di bahagian utara negara ini, yang terletak bersempadan dengan Colombia, Venezuela, Peru dan Guiana.

Empat penjara di negeri Amazonas menyaksikan kejadian rusuhan pada Ahad dan Isnin lalu.

Sebuah penjara mengalami pertumpahan darah penjara paling teruk di negara ini sejak tahun 1992, dengan separuh daripada 56 yang maut dipenggal kepala.

Dalam satu lagi rusuhan, empat tahanan meninggal dunia.

Seramai 184 banduan melarikan diri dari penjara-penjara Amazonas dalam kekecohan tersebut.

Sehingga tengah hari Jumaat, hanya 65 banduan telah berjaya ditahan semula.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa di Amazonas, kumpulan tempatan 'Family of the North' telah menyerang anggota 'First Command', organisasi jenayah terbesar Brazil yang berpengkalan di Paulo Sao.

Kedua-dua kumpulan ini bertempur bagi merebut kawalan penjara dan laluan dadah di utara Brazil.

Pada Oktober, rusuhan di Penjara Pertanian Monte Cristo, lokasi sama berlakunya rusuhan terbaharu ini mengakibatkan 18 maut.

Tags / Kata Kunci: dadah , rusuhan Brazil

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan