Pengawal Tentera Jatuh Pengsan Ketika Obama Berucap - Berita Dunia | mStar

Pengawal Tentera Jatuh Pengsan Ketika Obama Berucap

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 10:43 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Seorang anggota Pengawal Kehormat Tentera Amerika Syarikat (AS) jatuh pengsan di depan Presiden Barack Obama ketika majlis ucapan perpisahan bersama pasukan tentera.

Anggota tentera tersebut dirakamkan terbaring bersebelahan rakannya semasa majis itu diadakan di Arlington, Virgina pada Rabu.

Pengawal terbabit dipercayai pengsa ketika Obama berucap di Dewan Pangkalan Tentera Myer-Henderson untuk memberi penghormatan terakhir sebelum beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden.

Anggota tentera yang tidak dinamakan itu dipercayai terlalu penat berdiri sepanjang majlis tersebut dan dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Insiden berkenaan bagaimanapun tidak menjejaskan kelancaran majlis perpisahan antara Obama dan pihak tentera.

Obama akan menyerahkan tugasnya secara rasmi kepada wakil Parti Republikan, Donald Trump yang memenangi Pilihan Raya Presiden pada November lalu.

Tags / Kata Kunci: Barack Obama
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan