HRW Selar Kerajaan Myanmar Nafi Tindas Etnik Rohingya - Berita Dunia | mStar

HRW Selar Kerajaan Myanmar Nafi Tindas Etnik Rohingya

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 11:47 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) menyelar laporan siasatan suruhanjaya siasatan Myanmar yang menafikan pasukan keselamatan negara itu melakukan penindasan ke atas etnik minoriti Islam Rohingya di Rakhine.

Laporan suruhanjaya itu yang bertanggungjawab menyiasat insiden keganasan di Rakhine, disiarkan beberapa hari selepas satu rakaman video menunjukkan anggota polis Myanmar memukul beberapa penduduk etnik Rohingya.

Berdasarkan laporan siasatan itu, suruhanjaya terbabit yang ditubuhkan oleh kerajaan mendapati dakwaan yang mengatakan pasukan keselamatan Myanmar menindas dan melaksanakan kempen mengusir penduduk Islam Rohingya sebagai tidak benar.

Selain itu, suruhanjaya terbabit yang diketuai oleh bekas jeneral tentera yang disenaraihitam Amerika Syarikat (AS), tidak menemukan bukti cukup menunjukkan kes wanita Rohingya dirogol oleh anggota keselamatan serta kes bakar dan penderaan terhadap etnik tersebut.

"Saiz penduduk Bengali, masjid dan pusat keagamaan yang dibina di kawasan bergolak merupakan bukti  bahawa pembunuhan beramai-ramai dan penindasan agama tidak berlaku di sini," jelas laporan itu seperti dilaporkan media tempatan.

Kerajaan Myanmar enggan mengiktiraf etnik Rohingya sebagai satu daripada golongan minoriti di negara itu, sebaliknya melabelkan mereka sebagai etnik Bengali atau pendatang haram dari negara jiran, Bangladesh.

Bagaimanapun laporan suruhanjaya terbabit dikritik oleh HRW yang menyifatkannya sebagai satu kesilapan.

"Laporan itu merupakan contoh yang menunjukkan kesimpulan politik yang kurang matang dengan menyatakan situasi yang berlaku sebagai tidak teruk dan mahu mengurangkan tekanan masyarakat antarabangsa," jelas HRW.


Tags / Kata Kunci: Rohingya , HRW
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan