Gambar Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kotor Diselaputi Kabut Jadi Viral

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 4:12 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Gambar-gambar kereta api berkelajuan tinggi di Beijing yang diselaputi lapisan tebal kotoran selepas lalu di kawasan yang teruk dilanda kabut di bahagian utara negara ini telah tersebar luas di China.

Akhbar Economic Daily pada Rabu menerbitkan satu siri gambar yang menunjukkan bahagian luar dua kereta api berkelajuan tinggi yang diselaputi kotoran, dan ia menjadi bualan hangat di media sosial.

Seorang jurugambar yang menaiki kereta api dari Shanghai ke Beijing pada petang Isnin dikatakan telah mengambil gambar-gambar tersebut.

Ramai pengguna media sosial kemudian memuat naik gambar yang sama untuk menunjukkan bagaimana kotornya kereta api berkelajuan tinggi itu.

Pengarah di Institut Hal Ehwal Awam dan Alam Sekitar di Beijing, Ma Jun memberitahu Beijing Youth Daily bahawa kotoran itu mungkin disebabkan oleh kabut.

Kabut terbaharu yang melanda ini bukan sahaja mempunyai ketumpatan zarah halus yang tinggi, tetapi juga tahap kelembapan yang tinggi, katanya.



Disebabkan bahan pencemar ini menyerap lebih banyak air, ia cenderung untuk melekat pada permukaan kereta api yang bergerak pada kelajuan yang tinggi.

Walau bagaimanapun, beliau berkata bahawa teori itu bersandarkan andaian bahawa kereta api berkelajuan tinggi selalu dibersihkan.

Beijing Youth Daily juga telah bercakap dengan seorang pekerja di Stesen Kereta Api Beijing Selatan yang menyatakan bahawa beberapa orang telah ditugaskan untuk mengelap bahagian luar kereta api apabila ia tiba di stesen.



Bahagian luar kereta api biasanya akan dibersihkan dengan teliti pada setiap penghujung hari, katanya.


Seorang pekerja stesen memberitahu akhbar itu bahawa kabut itu telah membuatkan kerja-kerja pembersihan lebih sukar dan memakan masa. - South China Morning Post
Tags / Kata Kunci: kereta api laju , kabut

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan