Penentang Syria Gantung Rundingan Damai

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 2:39 PM

GAMBAR tidak bertarikh yang disiarkan Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan jurutera tentera Rusia meronda di kawasan Aleppo. - AP

(Ubah saiz teks)

DAMSYIK: Harapan rakyat Syria untuk mengecapi semula keamanan kembali pudar apabila kumpulan penentang kerajaan menggantung rundingan damai yang dijadualkan berlangsung pada hujung bulan ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Tentera Pembebesan Syria (FSA) yang merupakan gabungan terbesar kumpulan penentang atas sebab tindakan tentera kerajaan mencabuli gencatan senjata yang dikuatkuasakan sejak lima hari lalu.

Berdasarkan kenyatan FSA, tentera kerajaan Syria yang disokong tentera Rusia menyerang kawasan Wadi Barada dekat Damsyik yang dikuasai oleh kumpulan penentang dan merupakan lokasi penting bekalan air.

"Memandangkan gencatan senjata terus dicabuli, kumpulan penentang mengambil keputusan untuk menggantung semua rundingan yang di Astana (ibu negara Kazakhstan.

"Pihak rejim dan sekutunya tidak henti menembak dan melancarkan operasi besar terutamanya di Wadi Barada dan Ghouta Timur.

"Sebarang operasi ketenteraan yang bertentangan dengan perjanjian gencatan dan jika tiada perubahan, perjanjian tersebut akan dianggap tidak lagi berkuatkuasa," jelas kenyataan FSA bersama satu lagi kumpulan penentang utama, Army of Conquest.

Sementara itu, wartawan Al Jazeera, Hashem Ahelbarra yang melaporkan dari bandar Gaziantep dekat sempadan Turki-Syria, berkata, pengumuman FSA itu merupakan satu tamparan hebat buat usaha Rusia dan Ankara.

"Pihak penentang mendakwa mereka bersetuju dengan gencatan senjata tersebut atas dasar percaya tetapi tentera rejim dan sekutunya, Rusia gagal merealisasikan perjanjian itu.

"Mereka mendakwa, pesawat rejim dan sekutu terus melancarkan serangan udara di kawasan yang dikuasai penentang di seluruh negara terutamanya Wadi Barada," katanya.

Kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad cuba merampas semula kawasan itu yang merupakan bekalan utama air untuk empat juta penduduk yang tinggal di kawasan Damsyik dan sekitarnya.

Tags / Kata Kunci: Syria , FSA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan