Polis Siasat Penjualan, Pengedaran Buku Anti-Jokowi

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis sedang menyiasat penjualan dan pengedaran buku yang didakwa menyebarkan kebencian terhadap Presiden Joko Widodo selepas menahan penulis buku berkenaan, Bambang Tri Mulyono, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Republik Indonesia Boy Rafli Amar berkata, setakat ini polis mendapati buku berjudul 'Jokowi Undercover' itu hanya dijual menerusi media sosial oleh penulisnya sendiri.

Polis mengharamkan buku itu kerana didapati memfitnah dan menghina Presiden Indonesia itu kononnya mempunyai kaitan dengan komunis selain mengandungi unsur-unsur menimbulkan kebencian rakyat terhadap ras dan agama.

"Hasil siasatan terhadap penulis mendapati kandungan buku itu hanya berdasarkan hasil pemikiran penulis sendiri, tidak disokong oleh data primer dan sekunder," katanya.

Penulis juga mendakwa presiden yang lebih dikenali dengan nama Jokowi telah memalsukan data peribadi ketika menjadi calon presiden pada tahun 2014.

Bambang ditahan bagi membantu siasatan dan akan didakwa melanggar beberapa undang-undang negara termasuk dibawah Pasal 16 Undang-Undang Nombor 40 Tahun 2008 mengenai Penghapusan Diskriminasi Ras dan Etnik.

Menurut undang-undang itu, sesiapa dengan sengaja menunjukkan kebencian terhadap ras dan etnis tertentu akan dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum Rp500 juta.

Bambang juga akan didakwa dibawah Pasal 28 Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik karena menyebarkan informasi untuk menimbulkan rasa kebencian atau permusuhan terhadap individu atau kelompok masyarakat tertentu berdasarkan atas suku, agama, ras, dan antara golongan (SARA).

Selain itu, Bambang dianggap melanggar Pasal 207 berhubung penghinaan terhadap penguasa.

Media-media tempatan juga memetik ibu Jokowi, Sudjiatmi Notomihardjo kesal dengan tuduhan dan fitnah buku itu tetapi beliau berdoa supaya penulisnya diberi petunjuk oleh Allah.

Pendedahan mengenai buku itu dilakukan seorang aktivis sosial Michael Bimo yang membuat laporan polis ekorann namanya dikaitkan dalam buku itu sebagai saudara kandung Jokowi.

Menurut Lina Novita, peguam Michael Bimo, tulisan Bambang Tri telah memfitnah anak guamnya dengan menyebut Michael dan Presiden Jokowi memiliki ibu yang sama dan kononnya mereka mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Indonesia yang diharamkan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jokowi , Joko Widodo

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan