Banduan Swafoto Perlekeh Pihak Berkuasa Brazil

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 10:09 AM

Banduan yang meloloskan diri dari penjara Manaus di Brazil, berswafoto bersama untuk memperlekehkan pihak berkuasa. - Ihsan Facebook

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Seorang banduan Brazil yang meloloskan diri dari penjara baru-baru ini, sengaja mempersendakan pihak berkuasa negara itu apabila menyiarkan swafoto di dalam hutan yang menjadi lokasi persembunyiannya.

Brian Bremer yang dipenjara atas kesalahan merompak, melarikan diri dari Penjara Antonio Trindade di Manaus bersama 72 banduan lain dan memperlekehkan pihak polis yang mahu menangkapnya semula.

Malah swafotonya itu yang diambil di kawasan hutan tebal Amazon menjadi terkenal dalam kalangan pengguna Internet yang mengubah foto berkenaan menjadi bahan lucu.

Satu daripada gambar tersebut menunjukkan Bremer memakai jersi kelab bola sepak Bayern Munich bersama banduan lain sambil menunjukkan tanda isyarat bagus.

Gambar lain juga merakamkan Bremer dan banduan lain ketawa serta senyum ke arah kamera seolah-olah memperlekehkan pihak polis yang gagal mencekup mereka semula.

Gambar banduan yang meloloskan diri dari penjara Manaus menjadi bahan lawak oleh pengguna media sosial.

Kini kedua-dua gambar itu diubahsuai menjadi poster yang melucukan dan tersebar di Internet.

Antaranya, swafoto Bremer diubah menjadi poster drama siri popular, Prison Break dengan tertulis label "Musim Manaus 2017", merujuk kepada penjara yang dihuni oleh mereka sebelum ini.

Selain itu, gambar mereka juga ditukar menjadi poster filem terkenal seperti Shawshank Redemption, Catch Me If You Can dan filem Portugal yang diterjemahkan sebagai 'Ruthless Escape.'

Walaupun gambar mereka menjadi bahan lawak oleh pengguna media sosial, polis Brazil tetap meneruskan usaha besar-besaran untuk menangkap semula kesemua banduan yang terlepas itu.

Daripada 72 banduan yang meloloskan diri, hanya 40 orang berjaya ditangkap semula selepas rusuhan tercetus di penjara terbabit yang menyaksikan kira-kira 80 orang terbunuh.

Tags / Kata Kunci: Manaus

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan