25 Maut Dalam Serangan Udara, Bedilan Meriam Di Yemen

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 6:44 PM

GAMBAR fail bertarikh 14 Oktober 2016 menunjukkan kesan serangan tentera pakatan ke atas kawasan yang dipercayai pusat simpanan senjata terbesar milik pemberontak Syiah Houthi. - AP

(Ubah saiz teks)

ADEN: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh termasuk 11 penduduk awam dalam serangan udara dan bedilan meriam di Yemen dalam tempoh 48 jam.

Menurut sumber tentera, satu serangan udara pakatan tentera yang diketuai Arab Saudi ke atas konvoi tiga buah kenderaan di Marees, selatan wilayah Daleh mengorbankan lima pemberontak Syiah Houthi pada Isnin.

Satu daripada kenderaan tersebut dipercayai membawa senjata dan tiga lagi pemberontak dilaporkan cedera dalam serangan itu.

Enam lagi pemberontak terbunuh dalam serangan udara ke atas dua buah kenderaan di Al-Makhdara dekat wilayah tengah Marib manakala serangan meriam mengorbankan tiga pemberontak di lokasi yang sama.

Ketiga-tiga serangan tentera pakatan itu juga mengorbankan 11 orang awam termasuk lima mangsa yang berasal dari keluarga sama dalam kejadian di kampung Wadi Habab dekat wilayah Sarwah.

Konflik di Yemen menyebabkan lebih 7,000 orang terbunuh sejak tentera pakatan campur tangan untuk mematahkan pemberontakan puak Syiah Houthi yang disokong oleh Iran.

Tags / Kata Kunci: Yemen

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan