Suspek Rakam Video 'Selfie' Sebelum Serang Kelab Malam Istanbul

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 9:07 AM

Video selfie suspek serangan di kelab malam di Istanbul. Foto Mirror

(Ubah saiz teks)

SEBUAH video 'selfie' menunjukkan suspek serangan di kelab malam di Istanbul tersenyum sinis sebelum insiden yang mengorbankan 39 orang semasa sambutan Tahun Baharu 2017.

Suspek dilihat merenung pada lensa sewaktu merakamkan dirinya di kawasan tumpuan orang ramai di Dataran Taksim sebelum penyerang yang berinspirasikan Negara Islam dan Syria (ISIS) itu melancarkan serangan berdarah.

Rakaman tersebut didedahkan sehari selepas kumpulan militan Negara Islam (IS) mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan di kelab malam popular Reina.

Dalam kejadian itu, suspek menggunakan senjata AK-47 dan melepaskan tembakan kepada orang ramai menggunakan sekurang-kurangnya 180 peluru.

Polis melancarkan operasi khas bagi memburu suspek.

Sekurang-kurangnya 12 orang ditahan selepas dikaitkan dengan insiden berkenaan.

Laporan awal polis menyebut penyerang mungkin berusia 25 tahun dari Uzbekistan atau Kyrgyzstan. - Mirror

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan