Samsung Akan Dedah Hasil Siasatan Galaxy Note 7 Bulan Ini, Lapor Media

Diterbitkan: Selasa, 3 Januari 2017 12:37 PM

Foto EPA

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Samsung Electronics Co Ltd pada bulan ini akan mengumumkan hasil siasatan mengenai punca sebahagian telefon pintarnya, Galaxy Note 7 mudah terbaka, lapor akhbar JoongAng Ilbo pada Isnin memetik sumber.

Syarikat dari Korea Selatan itu pada Oktober lalu memberitahu, ia telah memeriksa semua aspek di dalam telefon berkenaan, dengan menjangkakan ia mungkin disebabkan kombinasi faktor yang menyumbang kepada kegagalan produk itu dari segi keselamatan.

Pembekal telefon pintar terulung itu menegaskan sejumlah AS$5.1 bilion (RM22.91 bilion) akan memberi kesan kepada keuntungan operasinya sepanjang tiga suku tahun berikutan keputusan untuk menghentikan jualan Galaxy Note 7 sepenuhnya pada Oktober lalu.

Para pelabur dan penganalisis berkata, adalah penting bagi Samsung mengenal pasti punca utama kebakaran untuk meraih semula keyakinan pelanggan dan mengelakkan kesilapan sama berulang.

Jurucakap Samsung Electronics enggan mengulas berhubung perkara itu. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Samsung , Galaxy Note 7

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan