Wanita Ditahan Seludup Remaja 19 Tahun Dalam Bagasi

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2017 8:52 AM

Seorang remaja berusia 19 tahun diseludup dalam bagasi dalam cubaan untuk merentasi sempadan Sepanyol. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita warga Maghribi ditahan kerana cuba menyeludup seorang migran berusia 19 tahun dari Gabon merentasi sempadan Sepanyol, menggunakan bagasi.

Pihak berkuasa awam Sepanyol menahan wanita itu di Ceuta, sebuah daerah Sepanyol bersebelahan dengan Maghribi pada 30 Disember lalu.

Ia menjadikan kira-kira 1,100 migran warga Afrika dari Sahara yang cuba untuk merentasi Sepanyol dari Maghribi melalui Ceuta.

Tahun lalu, seorang budak lelaki berusia lapan tahun dari Ivory Coast turut diseludup di dalam bagasi melalui Ceuta.

Dia ditemui dalam bagasi yang dibawa oleh seorang wanita berusia 19 tahun.

Kanak-kanak lelaki itu ditemui dalam keadaan yang tidak terurus ketika polis membuka bagasi milik wanita berkenaan. Mail Online

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan