Stesen 'London Underground' Ditutup Gara-Gara Pai Hangus - Berita Dunia | mStar

Stesen 'London Underground' Ditutup Gara-Gara Pai Hangus

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2017 9:11 AM

Stesen 'London Underground' Golders Green di utara London ditutup pada Jumaat malam lalu selepas penggera kebakaran berbunyi.

(Ubah saiz teks)

ORANG awam di sebuah stesen kereta api bawah tanah di London (London Underground) terpaksa dipindahkan gara-gara pai kepunyaan seorang pekerja stesen itu hangus dimasak.

Kejadian berlaku di stesen Golders Green di utara London, mengakibatkan perkhidmatannya ditutup pada pukul 9 malam Jumaat lalu.

Penumpang dan kakitangan dipindahkan selepas penggera kebakaran berbunyi dan keadaan stesen yang berasap.

Pasukan polis kemudiannya mengenal pasti insiden berpunca daripada seorang kakitangan yang pelupa sehingga membiarkan makanan pai dimasak begitu lama.

Pai epal yang hangus dimasak pekerja berkenaan untuk hidangan makan malam. Mail Online

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan