Hartawan Mumbai Antara Mangsa Serangan Di Istanbul

Diterbitkan: Isnin, 2 Januari 2017 3:53 PM

Abis Rizvi.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang taikun hartanah terkenal India adalah antara mereka yang menjadi mangsa dalam serangan ganas di Istanbul, pada Ahad.

Menteri Luar India, Sushma Swaraj berkata dua rakyat India maut dalam kejadian itu.

Mereka dikenal pasti sebagai Abis Rizvi, ketua pegawai eksekutif Rizvi Builders, yang berpejabat di Mumbai, dan Khushi Shah dari Gujarat.

Abis ialah anak lelaki Akhtar Hasan Rizvi, pemaju hartanah terkenal dan bekas anggota parlimen.

Beliau juga adalah penerbit filem dan antara filem terbitannya bertajuk 'Roar: Tigers of the Sundarbans'.

Ramai selebriti Bollywood mengutuk serangan itu dan menzahirkan perasaan terkejut mereka tentang kematian Abis.

Seorang lelaki melepaskan tembakan terhadap orang ramai yang meraikan kedatangan Tahun Baharu di kelab Reina, Istanbul, menyebabkan 39 orang terbunuh dan kira-kira 70 cedera. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan