Ribuan Terkandas Kabus Tebal Landa Britain

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2017 8:20 AM

Orang ramai terkandas di Lapangan Terbang Heathrow, London berikutan kabus tebal melanda Britain. Foto fameflynet.uk.com/mail online

(Ubah saiz teks)

RIBUAN orang terpaksa membatalkan rancangan mereka untuk menyambut tahun baharu apabila Britain dilanda kabus tebal dan cuaca sejuk, mengakibatkan ramai yang terkandas di lapangan terbang.

Mereka terkandas di balai pelepasan di Lapangan Terbang Heathrow, Gatwick dan London City di London selepas kira-kira 75 penerbangan dibatalkan, manakala yang lain berdepan dengan kelewatan sehingga 16 jam.

Pengembara yang merancang untuk menyambut Hogmanay di Scotland turut terjejas apabila penerbangan dari London ke Edinburgh dan Glasgow dibatalkan dan ditangguhkan.

Sementara itu, pemain ski yang mahu pulang ke Britain turut terjejas teruk berikutan Lapangan Terbang Geneva di Switzerland dilanda kabus tebal.

Lapangan terbang itu merupakan hab utama bagi mereka yang ingin bercuti di pergunungan Alps.

Sejak Jumaat lalu, Britain dilanda kabus tebal selama tiga hari berturut-turut, dengan suhu menurun kepada -5 darjah Celsius dan beberapa jalan dilitupi ais. - Mail Online

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan