Jutawan Berlian Biayai Perkahwinan 236 Pengantin Perempuan

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2016 12:13 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Seorang jutawan berlian di India mempamerkan sifat pemurahnya apabila membiayai majlis perkahwinan untuk lebih daripada 236 pengantin perempuan yang tidak mempunyai bapa.

Selain membiayai pernikahan mereka, lelaki itu turut memberi hadiah bernilai ribuan dolar agar wanita-wanita miskin itu dapat memulakan hidup baru.

Mahesh Savani telah melakukan upacara perkahwinan Hindu bernama ‘Kanyadaan’ itu, iaitu satu amalan menyerahkan anak perempuan untuk dikahwinkan, terhadap 236 orang pengantin perempuan miskin yang tidak mempunyai bapa dalam satu majlis yang diadakan secara besar-besaran barat Gujarat pada Hari Krismas lalu.

Savani, yang percaya bahawa ‘menyerahkan’ pengantin perempuan merupakan satu bentuk rahmat daripada Tuhan, telah mengadakan majlis perkahwinan beramai-ramai setiap tahun daripada tahun 2012 lagi.


“Dengan selesainya majlis perkahwinan Ahad lalu, saya telah menjadi seorang bapa yang sangat berbangga kerana berjaya melaksanakan ‘kanyadaan’ untuk lebih 700 orang gadis,” katanya.

Ratusan pengantin wanita itu memakai busana tradisional berwarna-warni dan perhiasan barangan kemas semasa majlis perkahwinan mereka yang dihadiri oleh ribuan tetamu di bandar Surat, iaitu sebuah pusat utama bagi industri pengilapan berlian.

Jutawan itu turut menghadiahkan emas dan barangan kelengkapan rumah termasuk katil dan sofa bernilai 500,000 rupee (RM33,030) untuk setiap orang pengantin perempuan bagi membantu mereka mulakan hidup baru di alam perkahwinan.

Bagaimanapun, kos keseluruhan majlis perkahwinan mega ini tidak didedahkan kepada umum.

Lebih menarik lagi, dua daripada pengantin lelaki dalam majlis itu merupakan anak lelakinya sendiri.

Savani menceritakan bahawa beliau mula melakukan kempen amal tersebut pada tahun 2008 apabila salah seorang pekerjanya meninggal dunia hanya beberapa hari sebelum majlis perkahwinan anak perempuannya. - AFP

Tags / Kata Kunci: Mahesh Savani

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan