27 Maut Dalam Dua Serangan Bom Di Baghdad - Berita Dunia | mStar

27 Maut Dalam Dua Serangan Bom Di Baghdad

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2016 5:13 PM

PENDUDUK Iraq melihat kemusnahan dua serangan bom di sebuah pasar di tengah Baghdad pada 31 Disember 2016. - AFP

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan 57 mangsa lagi cedera dalam dua serangan bom di tengah ibu negara Iraq, Sabtu.

Menurut laporan Al Jazeera, serangan tersebut berlaku di kawasan pasar menjual barangan alat ganti kereta di Al Sinak ketika orang ramai memenuhi lokasi itu.

Satu daripada letupan berpunca akibat serangan berani mati manakala satu lagi serangan merupakan bom yang disembunyikan di kawasan kejadian.

Kementerian Dalam Negeri Iraq melaporkan, serangan pertama berlaku di pintu masuk pasar itu manakala letupan kedua berlaku di dalam kawasan terbabit.

Militan Daesh mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.

Sejak 17 Oktober lalu, pasukan keselamatan Iraq meningkatkan tahap keselamatan tertinggi di Baghdad susulan operasi ketenteraan secara besar-besaran untuk merampas semula wilayah Mosul yang dikuasai militan Daesh.

Kumpulan pengganas itu menawan Mosul pada 2016 dan melancarkan siri serangan ke atas Baghdad dalam tempoh beberapa bulan lepas.

Tags / Kata Kunci: Baghdad , Daesh
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan