Gencatan Senjata Di Seluruh Syria Bermula

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2016 9:27 AM

Wakil kumpulan Free Syrian Army, Osama Abu Zeid menunjukkan salinan perjanjian gencatan senjata antara kumpulan penentang dan kerajaan Syria semasa sidang media di Ankara, Turki pada 29 Disember 2016. - AP

(Ubah saiz teks)

DAMSYIK: Harapan untuk mengembalikan keamanan di Syria bersinar semula apabila gencatan senjata mula berkuatkuasa tengah malam Khamis di seluruh negara selepas beberapa kumpulan penentang menerima usul perjanjian damai yang diusahakan oleh Rusia dan Turki.

Jika gencatan senjata itu mampu bertahan, langkah seterusnya disusuli dengan rundingan damai di ibu negara Kazakhstan, Astana antara kerajaan Syria dan puak penentang dalam tempoh sebulan.

Portal berita Al Jazeera melaporkan, Rusia dan Turki akan memainkan peranan sebagai orang tengah bagi memastikan rundingan itu mencapai matlamatnya.

Usaha terbaharu itu dilaksanakan susulan beberapa rundingan yang diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal menamatkan perang saudara yang bermula sejak Mac 2011.

Bagaimanapun rundingan damai dan gencatan senjata terbabit tidak melibatkan kumpulan pengganas Daesh dan Jabhat Fateh al-Sham, yang dulu dikenali sebagai Al-Nusra Front.

Menurut Al Jazeera, harapan untuk melihat rundingan damai dijayakan sangat tinggi tetapi kerajaan Syria dan kumpulan penentang mungkin berdepan beberapa masalah terutamanya ancaman militan Jabhat Fateh al-Sham.

"Wujud kebimbangan serangan udara akan diteruskan ke atas Jabhat Fateh al-Sham yang mungkin menyaksikan beberapa kumpulan penentang lain menjadi korban, sekali gus menggagalkan gencatan senjata," jelas laporan itu.

Terdahulu, Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan perjanjian telah dicapai untuk melaksanakan gencatan senjata di seluruh Syria.

Walaupun gencatan senjata itu disebut di seluruh negara, namun pertempuran dijangka berterusan di kawasan yang dikuasai militan Daesh dan beberapa kumpulan lain yang tidak disenarai dalam perjanjian itu terutamanya di Idlib dan pinggir Damsyik.

Tags / Kata Kunci: Syria , Gencatan Senjata

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan