Isteri Muda Mangsa Kematian Tragis Dalam Tandas Dipercayai Hamil

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2016 2:44 PM

Dodi berkahwin Agnesya (kiri) dalam satu majlis agama kira-kira setahun yang lalu. Wanita itu kini dilaporkan sedang hamil. -The Jakarta Post / ANN

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Sumber Media di sini melaporkan bahawa mangsa pembunuhan Dodi Triono, 59, yang meninggal dunia bersama lima yang lain di dalam bilik mandi di Pulo Mas baru-baru ini sudah berkahwin dengan seorang model berusia 19 tahun yang kini dipercayai sedang hamil.

Isteri berkenaan, Agnesya Kalangi, 19, tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI), Erlinda berkata, Agnesya datang melawat salah seorang anak Dodi iaitu Zanette Kalila Azaira, 13, di hospital.

"Dia datang ke sini... cantik dengan rambut panjang, kulit cerah," kata Erlinda seperti yang dipetik oleh kompas.com pada Rabu.

Erlinda berkata balu itu datang pada Selasa malam dan dia sedang mengandung tujuh bulan.

Beliau juga mendakwa bahawa Agnesya tinggal bersama Dodi dan tiga anak-anaknya di Ekbal.

Jiran Dodi yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu tribunnews.com yang Dodi berkahwin dengan Agnesya kira-kira setahun yang lalu dalam satu majlis agama tetapi tidak mendaftar perkahwinan itu.

Bagaimanapun jiran itu memberikan gambaran yang berbeza daripada Erlinda, kerana menurutnya Agnesya tinggal di sebuah apartmen.

Sementara itu Edi Saputra, pekerja Dodi berkata majikannya itu pernah berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali sebelum mengahwini Agnesya.

Mangsa mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertama dan tiga daripada hasil perkahwinan kedua.

Isteri kedua, Almyanda Saphira adalah ibu kepada Diona Arika Andra Putri, 16, Dianita Gemma Dzalfayla, sembilan dan Zanette Kalila Azaria.

Diona dan Gemma meninggal dunia semasa kejadian tragis itu sementara Zanette terselamat.

Edi berkata Dodi dan Almyanda bercerai kira-kira tiga tahun yang lalu. -The Jakarta Post / Asia News Network

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan