Trump Umum 8,000 Peluang Pekerjaan Di AS

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 11:07 AM

(Ubah saiz teks)

PALM BEACH: Presiden Amerika Syarikat yang baharu dipilih, Donald Trump berkata syarikat telekomunikasi dan pembekal internet tanpa wayar, Sprint Corp akan menawarkan 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Amerika Syarikat.

Katanya, sebuah lagi syarikat baharu, OneWeb pula akan mengambil seramai 3,000 orang pekerja.

"Saya baru sahaja dihubungi oleh orang yang mengetua Sprint dan mereka akan memberikan semula 5,000 pekerjaan ke Amerika Syarikat, mereka akan mengambil mereka dari negeri-negeri lain," kata Trump kepada pemberita di luar kediamannya, Mar-a-Lago di Florida.

"Dan juga OneWeb, sebuah syarikat baharu, akan mengupah seramai 3,000 orang pekerja. Jadi ia sangat menarik," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan