Rusia Selar Keputusan AS Jual Senjata Kepada Penentang Syria

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 9:50 AM

SEORANG anggota kumpulan penentang Syria menggunakan senjata yang disalurkan oleh Amerika Syarikat.

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Rusia menyelar keputusan Amerika Syarikat mengurangkan kekangan untuk menjual senjata kepada kumpulan penentang Syria sebagai 'tindakan yang mencetuskan permusuhan' selain mengancam tentera Rusia di negara bergolak itu.

Jurucakap Kementerian Luar Syria, Maria Zakharova berkata, rang undang-undang berkaitan bajet tahunan dalam sektor pertahanan yang diluluskan oleh Presiden AS, Barack Obama pada minggu lalu, akan menyebabkan senjata yang diberikan Washingtong jatuh ke tangan kumpulan pelampau.

Rang undang-undang terbabit memberi kuasa kepada pentadbiran AS di bawah bakal Presiden Donald Trump untuk menghantar peluru berpandu permukaan ke udara kepada kumpulan penentang kerajaan Syria.

Zakharova menuduh pentadbiran Obama cuba meletakkan 'periuk api' menjelang peralihan kuasa kepada Trump, sekali gus meneruskan sentimen anti-Rusia.

"Keputusan (Obama) merupakan ancaman kepada tentera udara, anggota tentera dan kedutaan Rusia yang pernah diserang sebelum ini.

"Kami melihat keputusan itu sebagai tindakan bermusuhan," katanya.

Sejak perang saudara di Syria tercetus, AS membiayai beberapa kumpulan penentang Syria dengan menyediakan bantuan logistik dan senjata.

Rusia pula yang memihak kepada kerajaan Syria, menyertai kempen serangan udara sejak tahun lalu untuk memerangi kumpulan Daesh dan beberapa kumpulan penentang termasuk yang disokong oleh AS.

Minggu lalu, kerajaan Syria menawan semula wilayah Aleppo yang dikuasai kumpulan penentang sehingga menyaksikan berpuluh-puluh ribu penduduk terpaksa menjadi pelarian.

Tags / Kata Kunci: Rusia , Amerika Syarikat , Syria

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan