Presiden Romania Tolak Calon Perdana Menteri Beragama Islam

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2016 12:13 PM

SEVIL hanya memiliki pengalaman sebagai Menteri Pembangunan Romania selama enam bulan. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

BUCHAREST: Presiden Romania, Klaus Iohannis menolak pencalonan wakil Parti Demokrat Sosial, Sevil Shhaideh untuk bertanding sebagai Perdana Menteri, sekali gus menjadi pemimpin Islam pertama dalam kalangan negara anggota Kesatuan Eropah.

Iohannis tidak menyatakan sebab beliau menolak pencalonan Sevil, seorang ahli politik berketurunan Turki dan seorang daripada 65,000 penduduk beragama Islam di Romania.

"Saya telah meneliti perbahasan berhubung pencalonan Sevil dan mengambil keputusan untuk tidak menerima usul berkenaan.

"Saya meminta Parti Demokrat Sosial untuk mengemukakan pencalonan lain," katanya Iohannis menerusi satu kenyataan.

Parti terbabit yang masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan Iohannis, menamakan Shhaideh sebagai calon susulan kejayaan pemimpin berusia 52 tahun itu mencatat kemenangan besar pada pilihan raya 11 Disember lalu dengan meraih 45 peratus undian.

Parti Demokrat Sosial yang bergabung dengan parti ALDE, menguasai 250 daripada 465 kerusi di Dewan Parlimen dan Dewan Rakyat, jumlah yang mencapai majoriti untuk memilih calon Perdana Menteri.

Pemimpin Parti Demokrat Sosial, Livieu Dragnea yang sepatutnya dicalonkan untuk jawatan tersebut, mengambil keputusan mengundur diri kerana menjalani hukuman penggantungan selama dua tahun ekoran kes penipuan pilihan raya.

Sevil yang tidak memiliki pengalaman politik, berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan selamam enam bulan sebelum kerajaan yang diketuai Parti Demokrat Sosial dibubarkan pada hujung tahun lalu.



Tags / Kata Kunci: Klaus Iohannis , Sevil Shhaideh

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan