PBB Hanya Tempat Berkumpul, Berborak - Trump

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2016 4:40 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Hanya beberapa hari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi untuk mengecam pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah Palestin, bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) secara terbuka "menyerang' pertubuhan dunia itu yang dilabelkan sebagai "tempat untuk memiliki masa yang baik".

Menerusi satu kenyataan dalam laman sosial Twitter, Trump juga menyamakan PBB sebagai sebuah kelab untuk berkumpul dan menghabiskan masa.

Beliau juga menyuarakan kesedihan melihat peranan PBB itu walaupun badan dunia terbabit memiliki potensi yang besar.

"PBB memiliki potensi besar tetapi kini hanya merupakan kelab untuk berkumpul, berbual dan menghabiskan masa. Menyedihkan," kata Trump.

Kenyataan Trump itu dipercayai merujuk kepada keputusan pentadbiran Presiden Barack Obama untuk tidak menggunakan kuasa veto bagi menghalang resolusi mengecam Israel pada Jumaat lalu.

Keputusan tersebut juga menyaksikan hubungan antara AS dan sekutu rapatnya, Israel goyah apabila 14 negara anggota Majlis Keselamatan PBB menyokong penuh resolusi untuk mendesak rejim Zionis menghentikan pembinaan penempatan haram di bumi Palestin.

Disember tahun lalu, Trump mengakui beliau mahu bersikap nuetral terhadap isu Palestin-Israel.

Tetapi nadanya berubah untuk menjadi lebih pro-Israel ketika berkempen pada Pilihan Raya Presiden baru-baru ini.

Bagaimanapun kritikan Trump terhadap PBB bukan perkara baharu kerana badan dunia itu terpalit bebebrapa kontroversi walaupun melaksanakan misi kemanusiaan dan keamanan secara besar-besaran.

Beberapa kerajaan Barat menuduh PBB tidak efisien dan memilih bulu manakala negara membangun mendakwa pertubuhan tersebut dipengaruhi oleh negara kaya.

Tags / Kata Kunci: Donald Trump , PBB , Israel

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan