Kotak Hitam Pesawat Tentera Rusia Ditemukan

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2016 4:54 PM

GAMBAR bertarikh 26 Disember 2016 merakamkan usaha pasukan penyelamat mengangkat serpihan pesawat tentera Rusia, TU-154 yang terhempas di Laut Hitam. - AP

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Pasukan penyelamat Rusia menemukan kotak hitam pesawat tentera TU-154 yang terhempas di Laut Hitam pada Ahad yang menyaksikan kesemua 92 penumpang dan krew terbunuh.

Kementerian Pertahanan Rusia pada Selasa mengesahkan perakam data penerbangan pesawat itu telah ditemukan.

"Kotak hitam terbabit ditemukan pukul 5.42 pagi waktu Moscow kira-kira 1,600 meter dari persisiran pantai pada kedalaman 17 meter di dasar laut," jelas agensi berita TASS memetik kenyataan kementerian itu.

Susulan perkembangan itu, sumber pihak berkuasa Rusia memaklumkan, kotak hitam terbabit yang mengandungi data penerbangan untuk membantu siasatan punca tragedi, akan dihantar ke Moscow bagi proses analisis.

Pasukan penyiasat setakat ini menjadikan kesilapan juruterbang atau masalah teknikal sebagai punca nahas dan menolak sebarang teori serangan pengganas.

Pesawat itu terhempas sebaik-baik berlepas dari bandar pusat peranginan Sochi di Laut Hitam menuju ke Syria dengan membawa kumpulan pemuzik serta koir tentera sempena sambutan Hari Krismas.

Dalam pada itu, sebanyak 13 mayat ditemukan setakat ini dan Menteri Pengangkutan Rusia, Maxim Sokolov berkata, baki mayat mangsa mungkin dihanyutkan arus deras sehingga ke wilayah Abkhazia di Georgia.

Ekoran nahas tersebut, Rusia mengarahkan kesemua operasi pesawat TU-154 dihentikan serta-merta sehingga punca sebenar kejadian didedahkan.

Pesawat TU-154 mempunyai beberapa rekod buruk termasuk nahas pada April 2010 yang menyaksikan bekas Presiden Poland, Lech Kaczynski dan delegasinya terbunuh.

Pesawat tersebut tidak lagi digunakan dalam sektor penerbangan komersial di Rusia.

Tags / Kata Kunci: TU-154 , Laut Hitam , Sochi

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan