Kesilapan Manusia Punca Tragedi Pesawat Terhempas Di Colombia

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2016 11:43 AM

GAMBAR fail bertarikh 29 November 2016 menunjukkan pasukan penyelamat mengusung mayat mangsa tragedi pesawat terhempas di kawasan pergunungan di Medellin, Colombia. - AP

(Ubah saiz teks)

BOGOTA: Kesilapan juruterbang, syarikat penerbangan dan pihak berkuasa Bolivia merupakan punca nahas pesawat yang mengorbankan 71 nyawa di Colombia pada bulan lalu, termasuk ramai pemain kelab bola sepak Brazil, Chapecoense.

Pihak berkuasa penerbangan Colombia berkata, pesawat yang dikendalikan oleh syarikat LaMia di Bolivia itu, terhempas di kawasan bukit di Medellin disebabkan kegagalan juruterbang mengisi semula minyak dan tidak melaporkan kegagalan enjin yang berpunca akibat kekurangan minyak.

"Tiada faktor teknikal yang dikaitkan dalam tragedi itu. Semua yang berlaku disebabkan kesilapan manusia.

"Malah faktor pengurusan dalam pentadbiran syarikat penerbangan itu dan pengurusan pelan penerbangan oleh pihak berkuasa Bolivia juga diambil kira," kata Setiausaha Keselamatan Udara Colombia, Kolonel Freddy Bonilla.

Menurut Bonilla, tindakan pihak berkuasa penerbangan Bolivia dan syarikat penerbangan terbabit menerima situasi penerbangan pesawat terbabit tidak boleh diterima.

Selain kekurangan minyak jelasnya, pesawat itu juga menampung berat dengan lebihan hampir 400 kilogram dan tidak mendapat kelulusan untuk terbang pada ketinggian normal.

Laporan awal siasatan pihak Colombian pada minggu lalu, memutuskan bahawa syarikat LaMia dan juruterbang pesawat bertanggungjawab atas kejadian itu.

Juruterbang, Miguel Quiroga yang juga pemilik bersama syarikat terbabit turut terbunuh dalam nahas berkenaan.

Ketua Eksekutif LaMia, Gustavo Vargas Gamboa, ditahan pada awal bulan ini atas dakwaan menyebabkan kematian dan lain-lain tuduhan, tetapi beliau menafikan tuduhan berkenaan.

Anak lelakinya, Gustavo Vargas Villegas, yang merupakan bekas pegawai pihak berkuasa penerbangan Bolivia, turut ditahan atas dakwaan menyalahguna kuasa untuk memberi kebenaran pesawat terbabit melakukan penerbangan.

Dakwaan jenayah juga dikemukakan ke atas pemilik bersama syarikat LaMia Marco Antonio Rocha Benegas, yang masih gagal dikesan dan pegawai trafik udara, Celia Castedo yang melarkan diri ke Brazil untuk mendapatkan perlindungan suaka politik. - REUTERS

Tags / Kata Kunci: Chapecoense

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan