Tiada Mangsa Selamat Tragedi Pesawat Rusia Terhempas

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2016 10:01 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Tiada tanda-tanda yang menunjukkan 92 mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat Rusia terhempas di Laut Hitam selamat.

Pesawat Tu-154 yang dalam perjalanan ke Syria terhempas sejurus berlepas dari selatan bandar Adler selepas mengisi minyak, demikian menurut jurucakap Kementerian Pertahanan, Igor Konashenkov dalam kenyataan di laman web kementerian.

Ia hilang dari radar hanya dua minit selepas berlepas pada pukul 5.25 pagi.

Kementerian itu memberitahu bahawa tidak ada tanda-tanda mangsa yang terselamat di lokasi kemalangan.

Sehingga kini 10 mayat ditemui di luar pantai bandar peranginan Sochi.

Pihak berkuasa berjanji untuk menghantar 100 penyelam tambahan untuk membantu dalam operasi pencarian.

Presiden Vladimir Putin memberitahu televisyen kerajaan bahawa Rusia akan berkabung pada Isnin.

Tags / Kata Kunci: Tu-154

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan