Pesawat Tentera Rusia Ke Syria Dilaporkan Hilang

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2016 1:51 PM

Gambar fail menunjukkan pesawat Tu-154 iaitu model sama seperti yang dilaporkan hilang daripada radar. -AFP

(Ubah saiz teks)

KEMASKINI

PESAWAT pertahanan Rusia, Tu-154 hilang daripada radar, demikian menurut laporan British Broadcasting Corporation (BBC) pada Ahad.

Memetik media Rusia, BBC berkata, pesawat itu dipercayai membawa antara 70 dan 100 orang apabila ia hilang sebaik sahaja berlepas dari Laut Hitam di Sochi.

Agensi berita Interfax yang memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia melaporkan, pesawat jenis Tu-154 yang membawa 81 penumpang dan 10 krew itu dalam penerbangan menuju ke Latakia di Syria.

Sementara itu, beberapa agensi berita lain termasuk Itar Tass mendakwa, hampir 100 orang menaiki pesawat tersebut.

Dalam pada itu, wartawan Al Jazeera di Moscow, Natasha Ghomeim berkata, pesawat itu hilang dari radar kira-kira 20 minit selepas berlepas.

"Ada dakwaan mengatakan antara penumpang pesawat itu merupakan wartawan dan anggota tentera," katanya.

Sepasukan unit mencari dan menyelamat telah dikerah untuk mengesan pesawat terbabit.



Tags / Kata Kunci: Rusia , Tu-154 , BBC

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan