Tahap Keselamatan Dipertingkatkan Sempena Krismas

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2016 9:52 AM

ANGGOTA keselamatan Palestin berkawal di depan Gereja Nativity di Bethlehem menjelang sambutan Hari Krismas. - EPA

(Ubah saiz teks)

KAWALAN keselamatan gereja di bandar-bandar utama di seluruh dunia diketatkan menjelang sambutan Hari Krismas bagi mengekang kejadian serangan berdarah yang berlaku di Berlin baru-baru ini.

Pasukan polis lengkap bersenjata dilihat berkawal di gereja popular Notre Dame Cathedral di Paris ketika penganut Kristian berkunjung untuk sambutan Hari Krismas di ibu negara Perancis itu.

Pasukan keselamatan turut melakukan pemeriksaan terhadap pengunjung sebelum mereka memasuki bangunan berusia 600 tahun itu.

Selain di Perancis, pihak keselamatan di Britain dan Jerman turut menambah bilangan anggota polis di kawasan tumpuan pelancong di bandar-bandar utama serta kawasan ramai penduduk.

Langkah tersebut diambil susulan insiden suspek rakyat Tunisia, Anis Amri, 24, yang memandu trak dan merempuh mati 12 orang di sebuah pasar Krismas di Berlin.

Suspek kemudiannya ditembak mati di sebuah pekan dekat Milan pada awal pagi Jumaat selepas dia mengacukan pistol ke arah polis yang melakukan pemeriksaan rutin.

Di Perancis, lebih 91,000 polis dan askar dikerah untuk mengawal keselamatan di kawasan gereja.

Sementara itu di Iraq, pasukan bersenjata dilihat berkawal di sekitar kawasan sebuah gereja dekat Bartalla, Mosul.

Pihak keselamatan di Palestin juga mengambil langkah sama apabila kawalan ksealamatan di Gereja Nativity di Bethlehem diperketatkan dengan kehadiran ramai anggota keselamatan yang lengkap bersenjata.

Situasi yang sama dilihat di Britain apabila anggota polis mengetatkan kawalan keselamatan di lokasi tumpuan pelancong termasukan kediaman pemerintah Britain, Ratu Elizabeth di Istana Buckingham.

Dalam pada itu, pihak berkuasa di Rom melarang kemasukan van dan trak ke pusat bandar manakala angggota polis mengadakan sekatan di laluan utama ke bandar tersebut.

Tags / Kata Kunci: Krismas

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan