Israel Kaji Semula Hubungan, Henti Salur Dana Ke PBB

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2016 3:10 PM

(Ubah saiz teks)

BAITULMAQDIS: Israel akan mengkaji semula hubungannya dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) susulan resolusi yang diluluskan untuk menggesa rejim Zionis menghentikan pembinaan penempatan haram di wilayah Palestin.

Undian resolusi itu diluluskan berdasarkan sokongan penuh Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat tetapi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meyifatkan keputusan tersebut sebagai memalukan.

"Saya telah mengarahkan Kementerian Luar untuk menilai semula semua hubungan dengan PBB dalam tempoh sebulan termasuk dana yang disumbangkan Israel kepada badan dunia itu serta kehadiran wakil PBB di Israel.

"Saya juga telah mengarahkan untuk menghentikan pemberian dana sebanyak AS$7.4 juta) (RM30 juta) kepada lima agensi PBB dan lebih banyak tindakan akan diambil," katanya.

Bagaimanapun pemimpin Israel itu tidak mendedahkan lima institusi tersebut.

Sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat (AS) mengambil sikap berkecuali apabila undian resolusi itu dilaksanakan atau menggunakan kuasa veto bagi mengekang 14 anggota majlis meluluskannya.

Tindakan AS itu sekali gus memecah tradisi hubungan baiknya dengan Israel dan sering melindungi rejim Zionis itu yang giat membangunkan kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah jajahan di Palestin.

Kebanyakan negara PBB bersependapat bahawa kegiatan haram Israel itu mengundang lebih banyak konflik dan halangan kepada keamanan antara Palestin dan rejim Zionis.

Tags / Kata Kunci: Israel , PBB

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan