Budak Derita Leukemia Mati Seminggu Selepas Kontroversi Derma

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2016 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang menghidap leukemia sejak tiga bulan lalu meninggal dunia seminggu selepas bapanya dikaitkan dengan kontroversi memungut dana dalam talian bagi tujuan rawatannya.

Luo Yixiao meninggal dunia pada pukul 6 pagi sebelum sambutan Krismas, demikian menurut laporan thepaper.cn.

Keluarga kanak-kanak itu kemudiannya mendermakan mayatnya kepada Universiti Shenzhen untuk tujuan penyelidikan perubatan, kata laporan itu lagi.

Yixiao disahkan menghidap leukemia pada 8 September.

Sejak daripada itu, bapanya Luo Er telah membuat catatan mengenai perkembangan anak perempuannya itu di laman rangkaian sosial WeChat.

Dalam masa setengah bulan, bapa itu mengumpul lebih daripada 32,000 yuan selepas catatannya diulang siar ribuan kali.

Ketika keadaan kanak-kanak itu semakin teruk pada awal November, Luo Er mula bekerjasama dengan syarikat pemasaran Xiaotongren, yang dimiliki oleh kawannya Liu Xiafeng, untuk mempromoasikan catatannya.

Syarikat itu berjanji untuk menderma 1 yuan bagi setiap catatan yang diulang siar dalam akaun WeChat.

Malah netizen juga memberi sumbangan kewangan kepada Luo sebagai ganjaran untuk penulis.

Pada 30 November, Xiaotongren menerima lebih dua juta yuan menerusi platform derma WeChat.

Syarikat itu berkata ia akan menderma 500,000 yuan untuk menyokong gadis berkenaan manakala selebihnya akan diberikan kepada program amal lain.

Tetapi keadaan berubah secara dramatik apabila laporan timbul bahawa keluarga Luo Er mempunyai tiga pangsapuri dan kebanyakan perbelanjaan rawatan anaknya boleh dilindungi oleh insurans perubatan.

Ramai penderma berkata mereka berasa ditipu.

Rakan Luo, Liu dituduh mengambil kesempatan daripada simpati orang ramai untuk mempromosikan syarikatnya.

Sesetengah pihak berpendapat syarikat itu boleh membuat sumbangan secara langsung dan bukannya merangka helah untuk mempromosikan diri sendiri. -China Daily / Asia News Network

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan