Lelaki Rusia Dilelong Untuk Langsai Hutang

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 12:04 PM

Iklan Kramarenko dilelong dalam laman web Pich Store baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Seorang lelaki dilelong dalam laman web bidaan Rusia, Pich Store gara-gara dibebani hutang selepas gagal mematuhi kontrak dengan laman web terbabit.

Lelaki berusia 21 tahun itu, Aleksandr Kramarenko bersetuju untuk dilelong kepada pembida tertinggi dan berkahwin denga wanita yang tidak dikenali bagi tempoh sekurang-kurangnya setahun bagi mengelakkan dia disaman.

Malah dalam lelongan tersebut, Pich Store turut menawarkan waranti selama setahun kepada pembeli lelaki tersebut.

Berdasarkan iklan yang disiarkan dalam laman web itu, segala maklumat "produk" tersebut juga disediakan termasuk usia, tinggi, berat, zodiak dan minat Kramarenko.

Selain itu, gambar lelaki itu lengkap berpakaian dan tidak berbaju juga dimuatnaik bagi menarik minta pembida.

Maklumat lain menjelaskan, Kramarenko perlu berkahwin dengan wanita yang berusia tidak lebih 35 tahun dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun bagi menjelaskan hutang berkenaan.

Acara bidaan itu bermula dengan harga 10,000 rouble (RM732).

Walaupun ramai pihak menganggap iklan tersebut sebagai tidak benar dan gurauan, tetapi Pich Store memberi penjelasan bahawa lelongan terbabit adalah benar kerana Kramarenko berhutang sebanyak 3,125,150 rouble (RM228,897) kerana gagal mematuhi kontrak syarikat.

Berdasarkan kontrak itu, lelaki berkenaan perlu menyiapkan tempatan 1,830 gambar lantai rumah tetapi dia bukan sekadar menyiapkan projek tetapi tidak memulangkan peralatan yang telah diberikan kepadanya.

Setakat 21 Disember lalu, sebanyak 200 bidaan dibuat ke atas Kramarenko dan satu pertiga daripadanya dibida oleh golongan lelaki.

Tetapi bidaan dari lelaki ditolak kerana syarat menetapkan hanya wanita berusia 35 tahun ke bawah dibenarkan untuk membida Kramarenko.

Pemenang bidaan tersebut dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat dan majlis perkahwinannya akan berlangsung seminggu selepas pengumuman dibuat.

Bagaimanapun, dia perlu berterima kasih kepada Pich Store kerana acara lelongan itu membuka peluang kepadanya untuk bekerja sebagai model apabila beberapa agensi model berminat mengambilnya sebagai pekerja.

Tags / Kata Kunci: Rusia , Lelong , Pich Store

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan