Bakal Bapa Maut Dilanggar Murid 11 Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2016 3:48 PM

Ahli keluarga mangsa kes langgar lari ketika berada di hospital.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang lelaki di timur China yang bakal bergelar 'bapa' maut selepas dilanggar oleh seorang murid berusia 11 tahun yang memandu sebuah kereta curi dan kemudian melarikan diri.

Mangsa, 30, dilanggar di Taicang, Suzhou di wilayah Jiangsu pada petang Isnin yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja ketika sedang melintas jalan, lapor Taicang Daily.

Kereta itu dipandu selepas kemalangan itu, menurut laporan itu.

Lelaki itu, yang namanya tidak dinyatakan, mula-mula tercampak ke arah sebatang pokok sebelum jatuh ke tanah.

Dia meninggal dunia di hospital pada hari berikutnya.

Isteri lelaki dijadualkan akan melahirkan anak pertama mereka dalam masa dua minggu, kata laporan itu, memetik bapa mangsa.

Tidak lama kemudian dipastikan bahawa pemandu yang terlibat dalam kes langgar ini adalah murid sekolah rendah yang 'gila' kereta, kata laporan itu, memetik polis tempatan.

Budak lelaki itu telah mencuri sebuah kereta yang tidak dikunci dari agensi sewa kereta tempatan dan menukar lorong untuk memotong kereta lain apabila kemalangan itu berlaku.

Laporan itu tidak menyatakan tentang nasib dan tindakan terhadapnya. - South China Morning Post
Tags / Kata Kunci: langgar lari , bakal bapa , gila kereta

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan