Wanita Masak Bunga Ros Untuk 'Abadi' Lamaran Kahwin

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 1:50 PM

-foto Sina.com.cn

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Demi mempertahankan saat-saat manis dilamar teman lelaki, seorang wanita di timur China telah menghasilkan sirap manis sendiri menggunakan 99 kuntum bunga ros yang dihadiahkan kepadanya ketika lamaran itu dibuat, lapor media Cina.

Wanita di Hangzhou, wilayah Zhejiang itu menerima lamaran perkahwinan pada 9 Disember, tetapi mahu menyimpan memori indah itu lebih lama selepas melihat beberapa bunga kuntum bunga menjadi layu.

Beliau memetik kelopak-kelopak bunga tersebut, mencucinya dan kemudian memasaknya bersama gula dan air, lapor Qianjiang Evening News.

Wanita itu, yang nama penuhnya tidak diberikan, juga berharap dapat menggunakan bunga itu untuk membuat penkek bunga ros sendiri, snek popular di wilayah Yunnan di China, menurut laporan itu.

Ibunya kemudian mempersoalkan sama ada bunga ros itu boleh dimakan dan beliau mengalihkan pertanyaan itu ke media sosial untuk mendapatkan nasihat.

Akaun beliau telah dibanjiri dengan komen, pujian dan ada juga menjadikan tindakan beliau itu sebagai bahan jenaka.

Laporan itu memetik pakar sebagai berkata bahawa mawar tidak boleh dimakan mentah kerana ia mungkin mengandungi racun perosak. -South China Morning Post
Tags / Kata Kunci: lamaran kahwin , bunga ros

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan