Penyerang Bazar Krismas Berlin Ditembak Mati

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2016 6:42 PM

Gambar Anis Amri yang dikeluarkan pihak polis.

(Ubah saiz teks)

ROME: Lelaki Tunisia yang disyaki melancarkan serangan maut menggunakan sebuah trak di Berlin ditembak mati oleh polis di Milan pada Jumaat, demikian lapor media Itali dengan memetik sumber keselamatan.

Menteri Dalam Negeri Itali, Marco Minniti mengumumkan untuk mengadakan sidang media pada pukul 10.45 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan, kereta yang dipandu suspek, Anis Amri ditahan ketika sekatan jalan raya sekitar pukul 3 pagi bagi tujuan pemeriksaan identiti biasa.

Bagaimanapun dia bertindak mengeluarkan pistol dan  kejadian tembak menembak berlaku hingga dia ditembak mati.

Amri melarikan diri selepas serangan di sebuah bazar krismas hingga menyebabkan 12 orang mati.

Dia tiba di negara ini dari Tunisia pada 2011.

Tidak lama selepas ketibaannya di negara ini, dia ditahan dan dijatuhi hukuman penjara kerana menyalakan api di pusat pelarian.

Beliau dibebaskan pada 2015 dan melakukan perjalanan ke Jerman.

Tags / Kata Kunci: Krismas , Berlin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan