Uber Keluarkan Kereta Pandu Sendirinya Dari Jalan Raya San Francisco

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 11:53 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Uber Technologies Inc telah mengeluarkan perkhidmatannya dari jalan-jalan di San Francisco selepas pengawal selia di California telah bertindak keras terhadap program pandu sendiri syarikat itu yang tidak mendapatkan permit untuk menguji kenderaan.

Jabatan Kenderaan Motor (DMV) California pada Rabu berkata pihaknya telah membatalkan pendaftaran bagi 16 kereta pandu sendiri Uber selepas berlaku pertelingkahan dengan syarikat perkhidmatan pemanduan itu.

Agensi itu telah menuntut bahawa Uber tertakluk kepada peraturan-peraturan di mana permit diperlukan untuk menguji kereta pandu sendiri di atas jalan-jalan awam, sama seperti yang dilakukan oleh 20 syarikat auto dan teknologi lain.

Uber berkata pihaknya tidak mewajibkan pengambilan permit kerana kenderaannya sentiasa memerlukan pemantauan oleh seseorang yang berada di dalam kereta.

"Kami sedang melihat di mana kami boleh menggunakan semula kereta-kereta ini tetapi kekal 100 peratus komited untuk California dan akan melipatgandakan usaha kami bagi membangunkan peraturan yang boleh dilaksanakan di seluruh negeri," kata seorang jurucakap Uber dalam satu kenyataan.

California mentakrifkan kenderaan autonomus (pandu sendiri) sebagai mempunyai keupayaan untuk memandu 'tanpa kawalan fizikal aktif atau pemantauan manusia sebenar'.

Uber telah berhujah bahawa kereta-keretanya tidak boleh dipandu tanpa pemantauan seorang penyelia, dengan seorang pemandu dan seorang jurutera perlu berada di tempat duduk depan untuk berdepan ujian keadaan seperti zon pembinaan atau lintasan pejalan kaki, justeru undang-undang itu tidak terpakai.

Keingkaran Uber telah menyebabkan ancaman tindakan undang-undang daripada DMV dan Peguam Negara.

DMV memberitahu Uber bahawa pihaknya boleh terus meneruskan perkhidmatannya jika ia mendapat permit.

Pengarah Agensi Jean Shiomoto dalam surat yang dihantar kepada Uber pada Rabu berkata beliau 'secara peribadi akan membantu untuk memastikan semakan dan kelulusan proses dipercepatkan' yang beliau sifatkan sebagai mudah dan jelas.

Namun, masih belum jelas sama ada Uber akan memohon permit itu atau hanya memindahkan kereta-kereta mereka ke negeri lain.

Antara 20 syarikat yang meneroka bidang ini, termasuklah <GOOG.O> Google, Tesla Motors <TSLA.O> dan Ford Motor Co <F.N>, yang telah mendapat permit DMV untuk 130 kereta yang diuji.

Uber memulakan program kereta pandu sendiri di San Francisco pada 14 Disember, apabila kenderaan berkenaan boleh ditempah oleh pelanggan, tetapi telah mula menguji kereta pandu sendiri di jalan raya San Francisco  lebih sebulan yang lalu.

Uber melancarkan kereta pandu sendirinya pada bulan September di Pittsburgh.

San Francisco sepatutnya menjadi lokasi bagi ujian kedua.
Tags / Kata Kunci: Uber , kereta pandu sendiri

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan