Richard Marx Bantu Kawal Penumpang Mengamuk Dalam Penerbangan

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Jika berdepan masalah, penyanyi Richard Marx akan sentiasa ada dan menunggu, seperti lagu popularnya, 'Right There Waiting'.

Begitu juga ketika saat cemas dalam penerbangan!

Penyanyi pop era 80-an ini dan isterinya, bekas VJ MTV Daisy Fuentes, sedang dalam perjalanan dari Hanoi, Vietnam ke Seoul, Korea Selatan menaiki Penerbangan Korean Air 480 apabila seorang penumpang tidak dapat dikawal dan dilaporkan mula menyerang penumpang lain dalam pesawat tersebut.

Pasangan itu telah bertindak melaporkan kejadian itu melalui platform media sosial masing-masing.

"Kami sedang dalam penerbangan dari Hanoi ke Seoul dan sorang lelaki yang duduk di barisan depan kami bertindak 'gila' dan mula menyerang atendan penerbangan serta penumpang," tulis Fuentes dalam posting Instagramnya.

"Apabila dia mula menolak kakitangan wanita dan menarik rambut mereka @therichardmarx adalah orang yang pertama membantu menenangkannya."

Kejadian itu berlaku selama kira-kira empat jam, menurut Fuentes.

"Dahsyat apabila saya gambarkan bagaimana kakitangan ini terpaksa bertahan tetapi tidak ada persediaan untuk berdepan keadaan ini. Mereka sama sekali tidak dapat mengawal lelaki itu," tambah beliau.

Menurut laporan, dua penumpang dan seorang anak kapal cedera. Polis Seoul telah  menangkap pelaku ketika pesawat itu ingin mendarat.

Marx juga telah memuatnaik tentang kejadian itu di Twitter.

Beliau juga mengkritik ketidakupayaan kakitangan syarikat penerbangan itu untuk mengawal penumpang terbabit, menyatakan bahawa mereka kurang terlatih dan kurang bersedia untuk mengendalikan situasi seperti itu.

"Anda akan mendengar tentang penerbangan 480 kami bersama @KoreanAir_KE. Penumpang di hadapan kami telah menyerang penumpang dan anak kapal. Kru sama sekali kurang terlatih," tulis penyanyi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan