Duterte Jamin Tak Tangkap Pemberontak Sempena Krismas

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2016 11:01 AM

Rodrigo Duterte

(Ubah saiz teks)

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte menggesa pemberontak komunis yang telah melancarkan pemberontakan selama puluhan tahun supaya menghabiskan masa dengan keluarga mereka sepanjang cuti Krismas, sambil berikrar memberi jaminan keselamatan kepada mereka.

Kerajaan pimpinannya sedang meneliti gencatan senjata dengan pemberontak Maoist sambil mengadakan rundingan damai bagi mengakhiri kempen bersenjata selama 47 tahun yang telah menyebabkan berpuluh-puluh ribu orang mati, menurut anggaran rasmi.

"Di mana sahaja anda berada, tinggalkan senjata anda sekarang dan anda boleh masuk ke bandar dan melawat keluarga anda," kata Duterte dalam satu ucapannya pada Rabu kepada tentera-tentera pemberontak terbabit menjelang sambutan Krismas hujung minggu ini.

"Saya beri jaminan kepada anda. Tiada tangkapan, tiada penindasan," katanya, sambil menambah beliau pasti ramai anggota gerila itu tidak pernah bersama dengan keluarga mereka selama bertahun-tahun.

"Tiada siapa yang mahu bergaduh semasa musim Krismas."

Kerajaan itu sebelum ini telah mengumumkan bahawa Duterte berkemungkinan memberikan pengampunan kepada beratus-ratus tahanan pemberontak.

Beliau telah membebaskan seramai 18 pemimpin pemberontak pada awal tahun ini bagi memulakan rundingan yang dihoskan oleh Norway, dan kedua-dua pihak berkata mereka menjangkakan mencapai perjanjian damai menjelang pertengahan tahun depan.

Duterte berkata tawaran sempena Krismas itu bagaimanapun tidak diperluaskan kepada militan Islam di selatan yang telah malafaz ikrar setia mereka kepada kumpulan Negara Islam (IS) atau telah menculik pelancong, ahli perniagaan dan pelaut sebagai tebusan.

"Saya tak mahu tengok muka anda dan saya tak mahu berurusan dengan anda," katanya.
Tags / Kata Kunci: Rodrigo Duterte , Krismas , Maoist

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan